Tuesday, 3 October 2017

Masalah gengsterisme







PENGENALAN


Gejala sosial dikalangan remaja di negara kita sekarang semakin hari semakin menjadi-jadi.Dimanakah silapnya sehingga anak-anak remaja ini boleh terlibat dengan gajala yang tidak sihat ini.Adakah salah guru yang mendidik tidak betul?Adakah salah ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang? Atau diri sendiri yang terlalu mengikut jiwa muda remaja.


Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya gangsterisme ini dikalangan pelajar dan disebabkan itu semua pihak harus memainkan peranan dalam membanteras gejala ini daripada lebih teruk.Gejala ini perlu ditangani kerana ia boleh mempengaruhi pelajar dalam kegiatan lain seperti buli,penagihan dadah,ponteng sekolah,ketagihan alkohol ,kekerasan dan rogol.Hal ini menjadi bertambah serius apabila terdapat juga pelajar perempuan dan murid sekolah rendah yang dikesan terlibat dalam tingkah laku bermasalah ini menjadi satu fenomena yang dianggap semakin menular di kalangan remaja.peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan Negara.Ternyata mereka semakin berani mencabar uundang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.

FAKTOR-FAKTOR GENGSTERISME 

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya gejala social ini di kalangan pelajar sekolah.Punca  utama adalah di atas faktor terpengaruh dengan rakan sebaya.Ini kerana di peringkat remaja ini,remaja lebih banyakl meluangkan masa dengan rakan-rakan sebaya dan ini pengaruh rakan sebaya memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka.Sikap ingin mencuba dalam diri remaja ditambah pula dengan ajakan rakan-rakan lain mengguatkan lagi godaan terhadap gejala-gejala negatif.Sikap ini yang menyebabkan mereka mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.

            Faktor diri sendiri ini wujud apabila ada golongan remaja yang ingin merasakan diri hebat.Ini adalah kerana remaja pada peringkat umur tersebut berasakan diri mereka sudah dewasa dan ingin melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan.Selain itu,ada juga sebilangan kecil mereka yang inginkan penghormatan dan kuasa di kalangan mereka.Oleh sebab itu,secara tidak langsung remaja tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik pelajar lain yang lemah.

            Dalam mengejar wang dan kebendaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.Memang tidak dinafikan ramai ibu bapa yang tidak berpeluang menghabiskan masa yang berharga semasa proses pembesaran anak-anak mereka demi memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti. Anak-anak yang terasa diri terabai atau kurang perhatian dan kasih ini akan mula mencari tempat untuk memperoleh perhatian daripada masyarakat.Instituisi keluarga yang tidak kukuh dan porak –peranda seperti ibu-bapa suka bertengkar,sentiasa pulang dalam keadaan mabuk,kaki perempuan,suka berleter dan mengongkong anak-anak juga boleh menyumbang kearah gejala ini.Selain itu,jika ibu kurang memberi didikan agama maka mereka tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni dan nilai-nilai agama dalam jiwa anak-anak.Anak-anak ini akan selalu berasa tidak selesa berada di rumah dan akan selalu mengalami tekanan perasaan lalu jiwa  mereka yang muda itu akan memberontak,melawan,terlibat dengan aktiviti tidak sihat sebagai salah satu cara mereka melepaskan segala tekanan yang mereka hadapi.

Faktor persekitaran juga turut menjadi punca,yang harus dibanteras kerana bila remaja terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat mereka akan membuat persepsi bahawa perbuatan tersebut boleh dilakukan dan tidak memberi impak kepada mereka.Ini jelas dikawasan perumah setinggan atau flat-flat kos rendah ,remaja akan sentiasa menghabiskan masa di luar rumah kerana tempat tinggal mereka tidak selesa dengan bilangan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan sempit.

                        Media massa juga turut menjadi faktor dalam mempengaruhi remaja sekarang.Sebagai contoh perkembangan filem sekarang banyak menjurus kepada masalah sosial seperti gangsterisme.Ini akan menjadi ikutan mereka kerana remaja akan meniru aksi,pertuturan dan tingkahlaku yang ditayangkan .Ini boleh merosakkan mereka kerana remaja ini akan terpengaruh dengan seolah-olah apa yang mereka lihat itu  merupakan satu realiti dalam kehidupan.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GENGSTERISME


 Langkah-langkah yang berkesan perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-kurang mengurangkan gejala gangsterisme daripada menjadi kudis dalam masyarakat kita.Peranan dan keprihatinan ibu bapa adalah sangat penting dalam membangunkan sahsiah diri remaja.Dalam ibu bapa mengejar harta dunia dalam meneruskan kelangsungan hidup ,kepentingan anak-anak juga mesti diambil kira.Mereka ini memerlukan kasih sayang,perhatian dan didikan yang sempurna dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini.Ibu bapa perlu mengambil tahu apa saja aktiviti yang anak lakukan untuk menimbulkan rasa ambil berat ibu bapa dan sentiasa memberi motivasi dalam aktiviti mereka supaya aktiviti yang dilakukan benar-benar terisi dengan aktiviti yang sihat,Ibu bapa juga selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak remaja supaya segala persoalan mereka dapat di selesaikan dan dari situ ibu bapa boleh mengikuti perkembangan remaja mereka dan sifat remaja  yang banyak benda baru yang mereka hendak terokai berada dilandasan yang betul.

            Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam bersama-sama menangani masalah gangsterisme ini.Tindakan yang lebih keras perlu diambil dalam membendung gejala ini daripada terus merebak.Tingkatkan lagi penguatkuasaan dalam penyiaran drama-drama atau filem-filem berunsur ganas dan jenayah boleh dilakukan.Undang-undang yang ketat melalui tindakan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa kerajaan benar-benar serius dalam menangani isu ini daripada berlarutan.Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen –kempen membanteras gejala samseng dan jenayah serta memberi pengetahuan kepada ibu bapa dalam mendidik dan memahami tingkah laku anak-anak terutama anak remaja mereka. Ini supaya masyarakat membuka mata untuk sama-sama memberi sokongan dalam menangani masalah ini.

            Media massa boleh sama-sama menjalankan peranan dalam menangani masalah gansterisme ini.Ini kerana Media massa  yang begitu berpengaruh ini sepatutnya memperbanyakkan siaran yang lebih membentuk insan-insan yang berjaya daripada menayangkan cerita-cerita yang memberi impak negatif.Remaja yang merupakan tonggak negara masa depan ini harus sentiasa di beri ingatan kerana mereka ini bakal memimpin negara.Bagaimana mereka ingin memimpin negara jika diri mereka sendiri pun tidak terurus dan terlibat gejala sosial.Apa akan terjadi kepada negara kita jika ini yang bakal memimpin negara suatu masa hari nanti.


KONKLUSI
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dalam menangani masalah ini kerana kita tidak mahu negara kita ini rosak dengan gejala-gejala sosial ini.Ini semua untuk mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan.Pendidikan malaysia yang menekankan modal insan dalam membentuk individu adalah disokong.Dengan adanya modal insan dalam diri remaja maka kesejahteraan dan kemakmuran negara  dapat dirasa.



SINOPSIS



GAMBAR GENGSTERISME




Related image



    


     



 VIDEO GENGSTERISME















3 comments:

  1. Habanero Sauce: Habanero, Sweet, Hot - Thauberbet 우리카지노 우리카지노 ボンズ カジノ ボンズ カジノ dafabet dafabet 우리카지노 마틴 우리카지노 마틴 카지노사이트 카지노사이트 1XBET 1XBET 819 Habanero Hot Sauce - 5 ml - The Guacamole Kitchen

    ReplyDelete
  2. Is this a good time to bet at a casino? - Casino Roll
    We'll give 먹튀랭크 you 승인전화없는토토사이트 our opinion about 카카오스포츠 the game selection, player comments, bonuses, and 188bet banking w88 코리아 options of the gaming industry.

    ReplyDelete
  3. Harrah's Atlantic City - JTM Hub
    Harrah's 군산 출장샵 Resort Atlantic City - 서귀포 출장샵 Book now at JTMH.com. Find hotel rooms, restaurants, 안동 출장안마 entertainment, 상주 출장안마 shopping and more at Harrah's Resort 제주도 출장안마

    ReplyDelete

Masalah gengsterisme

PENGENALAN Gejala sosial dikalangan remaja di negara kita sekarang semakin hari semakin menjadi-jadi.Dimanakah silapnya sehingga...